Siri 17: Bab 16

-Jawapan dari hati-


Jam di pergelangan tangan menandakan pukul 12.30 .Hafiz melangkah tergesa2 ke keretanya. Perbincangan tadi telah mengambil masa lama dari apa yang dijangkanya. Dia perlu segera ke pajabat audit  untuk menghantar dokumen yang dipesan. Pejabat audit akan ditutup pukul 1.00 ptg, malah dia tidak boleh menunggu selepas makan tengah hari sebab dia ada mesyuarat lain  petang ini. Kereta meluncur laju. Perjalanan agak perlahan kerana ramai yang keluar makan tengah hari. Dia mengeluh. Entah apa perlu dilakukan. Akhirnya telefon dicapai.
"Hello" Suara lembut menyahut panggilan. Hatinya tidak keruan.
"Cik Najah, saya Hafiz"
"Ya En. Hafiz, dokumen yang saya minta tak jadi nak hantar ka?"
"Maaf, meeting saya ambik masa lama jadi jangkaan saya. Saya dalam perjalanan ke sana sekarang. Boleh Cik Najah tunggu sebentar sebelum keluar makan tengah hari?"
"Boleh apa salahnya. Jangkaan tiba bila ya?"
"Terima kasih. Dalam 15 minit lagi"
"Baik"
Panggilan dimatikan. Keluhan dilepaskan. Masih terdengar2 suara tadi. Manis dan lembut bagai menarik dia jauh ke masa lampau. Dia teringat waktu sekolah, bila tiba waktu riadah dia akan berlari terus di sebuah pondok di tepi padang. Ada seorang gadis akan setia menantinya dengan senyuman. Mereka akan berbual hingga lewat petang. Walaupun gadis ini kurang berbicara, tapi bila dia mula bersuara indah rasanya. Lamunan terhenti apabila papan tanda pejabat audit kelihatan. Dia memakir kereta di petak kosong berdekatan. 


Langkah diatur sambil tangan memegang kotak hijau. Dia menolak masuk pintu pejabat. Seorang gadis berbaju kurung kuning menyambut dengan senyuman. Manis. Lama dia terpana pada senyuman. Rindu.Amat rindu.
"En Hafiz, terima kasih kerana sudi hantar dokumen pada kami. Boleh en tunggu sebentar, Saya perlu rekod penerimaan borang. Jemput duduk"
Hafiz hanya mampu mengganguk. Badan dilabuh. Namun matanya masih melihat perlakuan gadis di hadapan. cantik seperti dulu. Teliti dalam kerja. Hati entah berlagu rancak. Mira, awak tetap macam dulu.
"Encik hafiz, boleh tolong tanda tangan di sini".
Tangan bergerak dengan sendiri. Kertas diambil, tanda tangan di turunkan. Namun apabila kertas dihulurkan kembali, hatinya bagai tak mahu melepaskan kertas itu. Kertas berhenti bergerak. Kedua-dua tangan disatukan oleh sekeping kertas. Lama. 
"Mira, Am sangat rindu Mira". 
Gadis itu kaget. Kertas terus disentap. Dia memalingkan ke tempat lain. Jelas perubahan di wajahnya. Hafiz tersedar lalu mula bergerak keluar dari pejabat. Kereta dimasuki. Keluhan dilepaskan. Tangan menutup wajahnya. Hatinya makin rancak. Irama lagu cinta. Soalan siapa Amira di hatinya telah dijawab.


-Amirul Hafiz telah jatuh cinta seorang gadis bernama Najah Amira dari pertama kali mereka berutus surat-

Comments

Popular Posts