05.02.2011-BoisTerouS's TimE-

Indah hari ini. Lagi indah lagi bagi kawan  sek men ku apabila dia bergelar raja sehari. Alhamdulillah seorang lagi temanku menemui jejaka idamannya dan dengan dua kali lafaz dia selamat bergelar seorang isteri..


Terkejut sebenar bila dengar berita pasal perkhwinan dia tapi ucapan tahniah setia SK smpaikan.. Moga berbahagia hingga akhir hayat. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Memang terserlah maksud apabila melihat pasangan sejoli ini.Teman yang bernama Atifah, sepanjang perkenalan SK dia memang wanita yang amat baik. Indah bicara, sopan perlakuannya dan tegas pendirian. Yang amat penting tanggungjawabnya sebagai Muslimah memang dilaksanakan sebaik-baiknya.SK doakan pasangan suami isteri kekal hingga akhir hayat berserta dengan rahmatNya. -Amin-


Bersemi lagi hari ini, apabila dapat bertemu dengan teman lama yang lain atau boisterous's gurl. Seperti namanya, kami memang bising setiap kali berjumpa.Pertemuan kat Jusco pun dah bising pastu sambung kat umah kenduri pulak. ish....ish......tapi penting semua nya sihat . Ada yang masih belajar.Ada pulak jadi penggangur terhormat. Ermmm... x da rezeki lagi katakan. Aku pun mungkin masuk kategori ini lepas bulan 4 nie.....heheheh.. harap2 tidak lah... tapi entah...........


Dalam duk seronok dok imbas kenangan, catch up cerita terbaru. tiba2 ada orng kata aku masih pendiam dan baik macam dulu. hati berbunga indah jer... baik kah?... pendiam kah? hehehe... kalau itu orng kata aku terima jer seadanya. Suka pulak aku ini. Kalo kawan Usm aku dengar, mesti ada yang guling2 gelak. Ah.. biarkan ...syok lah jadi budak baik..terima kasih lah kerana pujian itu.{syok sendiri jap}......layannnn....


Yang penting harapan perhubungan persahabatan ini akan berkekal. walau jarang berjumpa tapi kenangan dalam hati tetap ada................. Boisterous Gurl............


-aku lah budak baik dan pendiam-

Comments

Popular Posts