Siri 14:Bab 13

Salam,
  Maafkan Mira kerana tidak membalas surat-surat yang Am hantar pada Mira. Tiada niat di hati Mira untuk membuat Am risau. Sejak menerima surat Am semasa kita bercuti, Mira banyak berfikir. Persoalan Am membuat Mira tiada kata untuk membalas surat Am. Maafkan Mira.
  Sepanjang perkenalaan  kita Am banyak membantu Mira dari segi pelajaran dan perkara yang lain. Oleh itu, tidak perlu la Am memohom maaf kerana tiada lansung kesalahan Am kepada Mira. Hampir setiap hari kita berjumpa dan berbual, Mira nampak perbezaan antara kita. Mira takut perbezaan ini akan membawa kita jauh antara kita. Namun Mira sedar Am banyak berubah dan cuba menyesuaikan diri Am dengan Mira. Ini menyebabkan Mira selesa bila bersama Am.


Am,
   Apabila Am bicara tentang cinta, Mira jadi takut. Cinta sesuatu yang susah difahami. Ia memang indah tapi kesannya juga amat pahit. Namun Am, jauh di sudut hati Mira ada degupan yang tidak dapat ditafsir setiap bibir ini menyebut nama Am. Mungkinkah tafsiran itu ialah rasa cinta Mira pada Am. Tapi kita masih muda. Mungkin ini akan menyebabkan kita alpa. Am, Mira amat takut.


Am,
   Setelah lama kita tidak berjumpa, Mira rasa kehilangan. Sesuatu yang amat berharga hilang dari diri Mira. Oleh itu, Mira beranikan diri membalas surat ini. Mira juga rindukan Am. Jika benar rindu ini juga tanda cinta Mira pada Am, Mira sudi menukarkan hubungan persahabatan kita. Harapannya Am faham.
Sekian                    
                                                                                                                         Yang merinduimu,
                                                                                                                                 Amira

Comments

Popular Posts