Sebuah perhubungan

Lama jugak rasanya SK tidak mengarang dalam blog nie. Sibuk? atau tiada apa ingin dikongsi. Namun hari ini entah kenapa SK ingin menaip sesuatu. Idea datang semasa SK membaca blog rakan2 SK yang lain. Satu persoalan bermain dalam fikiran SK.

Macam mana untuk memastikan sebuah perhubungan antara manusia kekal?
Perhubungan ini termasuklah hubungan anak dengan ibubapa, hubungan adik beradik, hubungan sesama sahabat, atau hubungan suami isteri. Allah menciptakan manusia berbeza antara satu sama lain supaya manusia boleh melengkapi antara satu sama lain. Tapi bukan senang untuk kita memahami perbezaan yang ada pada insan yang lain, malah untuk menerimanya juga akan mengambil masa. Jadi mampukah hubungan sesama manusia berkekalan?

Bila soalan nie ditanya, kebanyakkan jawapan seperti ini akan diterima : cinta, kepercayaan, satu darah, komunikasi, keikhlasan dan banyak lagi. Biar SK kupas satu persatu

1. Pertalian darah.
Ini membawa kepada maksud hubungan kekeluargaan. Oleh kerana kita berasal dar perut ibu yang sama, hubunga adik beradik akan berkekalan. Oleh kerana kita berasal dari darah yang sama, jadi hubungan anak dan ibubapa tidak akan terputus. Benarkah ini akan berlaku?

Jika benar, berita telah bayi sampah atau bayi longkang tidak akan ada. Jika benar juga, rumah perjagaan orang tua hanya dipenuhi dengan orang tua yang tiada ahli keluarga sahaja. Jika benar juga, tiada persengketaan antara adik beradik kerana wasiat ibubapa.

Bagaimana pula kita tafsir dengan insan yang sanggup mengambil anak yatim piatu sebagai anak angkat mereka. Insan ini menjaga seperti anak sendiri walaupun tiada pertalian darah langsung. Hairan? Benarkah pertalian darah membuat hubungan manusia berkekalan.

2. Kepercayaan
Perkataaan ini membuatkan SK teringat sebuah drama Korea; Wedding. Drama ini menyatakan bahawa kepercayaan penting dalam sebuah perhubungan perkahwinan. Mampukah kita insan biasa mempercayai pasangan atau rakan kita 100%. Sebagai manusia kita mempunyai sifat prasangka terhadap manusia lain. Mampukah setiap manusia bertutur kebenaran sahaja sepanjang perbualan mereka. Drama ini telah menunjukkan manusia gagal berbicara benar, malah ada perkara perlu dirahsiakan. Dan akhirnya kepercayaan terlerai bila kebenaran amat pedih untuk ditelan yang membawa sebuah perhubungan berkecai.
Mungkin kepercayaan penting tapi mempunyai tahapnya tersendiri. Untuk berkekalan, kepercayaan memain peranannya tapi kita insan biasa yang sering digoda dengan bisikan negatif yang bakal meruntuh sebuah kepercayaan.

3. Cinta
Cinta, kasih dan sayang sesama insan. Bak kata " Kerana cinta, selautan sanggup ku renangi untuk bersamamu". "i love you' atau 'aku cinta padamu'. Kata2 ini sering menjadi mainan untuk pasangan kekasih atau pasangan suami isteri. Namun adakah hubungan seindah kata. Mungkin hanya di bibir sahaja.
Lihat sahaja akhbar, kerana cinta kaki dan tangan melayang belasah si isteri. Kerana cinta, si isteri sanggup menanggung semuanya asalkan dapat bersama si suami yang amat 'penyayang'. Kerana cinta, ramai remaja sanggup menggadai segala-galanya sebagai bukti cinta mereka. Tiada terfikir akan dosa, hanya cinta. Inikah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk memperolehi cinta dari pasangan masing-masing. Benarkah ini cinta?

Ini antara yang mampu SK kupaskan. SK terkilan bila melihat atau mendengar bagaimana sebuah hubungan terlerai. Suami isteri yang bertahun2 bersama, akhir terpisah dan anak2 entah macam mana. Hubungan persahabatan yang lama terbina juga terlerai kerana dendam atau hilang kepercayaan. Apa jadi pada memori bertahun mereka bersama? Adakah cinta sudah berkurangan?

Sedih, terkilan,...... ini semua fitrah dalam yang akan terjadi dalam sebuah hubungan. Berkekalan atau tidak? Hanya insan itu yang mampu memilih jalannya.

Sekian.

Comments

Popular Posts