Am I a good frenz???????????

  Masa sebelum kelas, takut giler sebab kena present. Alih2 orang len yang kena. Lega. Tapi bila dengar Dr Amirul kata masalah dengan Ptptn tak selesai lagi. Sakit balik hati. Bulan depan diet lagi la aku ini. Sedang berangan nak cari sumber kewangan kat mana tiba2 fikir benda lain. "Kawan".


  Kawan, teman, sahabat, rakan : semua membawa maksud yang sama seseorang yang tiada pertalian darah dengan kita tapi  mempunyai hubungan yang erat, kepercayaan yang kuat dan kesetiaan yang tak berbelah bagi.Secara ringkasnya, tugas kawan ialah selalu berada di sisi kita walau apa juga keadaan. Mudah di tulis atau diucap tapi susah kalau dilaksanakan. Bak kata orang, kawan gembira senang dicari tapi kawan di waktu susah ada la dua tiga kerat. Pelik tapi itulah dunia. 


 Adakah aku seorang kawan yang baik? Tiba-tiba aku terus rasa air mata nak mengalir. Aku ada kawan yang sentiasa ada di sisi aku. Aku sedih ker seronok ada jer mereka bagi  support. Bila otak serabut fikir masalah, mereka juga sediakan telinga untuk mendengar. Bagai kan kami dalam perlarian, bila berlari kami lari bersama, bila aku jatuh yang lain hulurkan tangan, papah aku utk berlari supaya akhirnya kami bersama di perhujung jalan.


  Ya mereka telah melaksanakn tugas seorang kawan kepada aku. Tapi aku?. Aku rasa aku tidak berguna. Aku rasa aku banyak menyusah mereka. Minta tolong segalanya dari mereka. Tapi aku? ada aku menolong mereka. Perkataan terima kasih pun susah aku luahkan. Apa lagi perkataan maaf kalau aku melakukan kesalahan. Selalukah aku pinjamkan telinga untuk mendengar atau adakah aku jer yang banyak bercakap.
Adakah pernah aku memberi bantuan atau tangan aku jer yang menerima? Pernahkah aku ada disisi mereka bila mereka sedih atau aku jer yang minta mereka ada di sisi aku? Adakah aku rakan yang baik atau rakan yang menyusahkan orang? I need answer. Oh heart  give me some sign!!!!. Am i a good frenz?


 Sebenarnya, di sudut hati ini banyak kata yang aku luahkan pada kawan aku. Setiap kali mereka bagi semangat aku mahu berterima kasih. Bila mereka sentiasa bersama aku, aku nak katakan aku sayang korang sangat. Tapi semua tu hanya dihati, x pernah pun aku luahkan walaupun sekali. Benar kata orang, aku bukan jenis yang tunjukkan kasih sayang secara terang terangan. 


  Kawan, Maafkan aku, aku bukan rakan yang baik pada korang.Tapi satu aku nak ucapkan "Terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku".


   

Comments

Popular Posts