Siri 13: Bab 12

Salam,

Alhamdulillah. diizinkan Allah utk kita bertemu lagi di lembaran ini. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap pertemuan dan perkenalan.

Terima kasih juga Mira ucapkan kerana sudi mengambil Mira sebagai teman. Ingin Mira kongsikan sedikit tentang Mira tapi tiada yang menarik. Mira hanya seorang pelajar biasa. Tiada gelaran istimewa seperti saudara Am 'si kerang busuk'. Berbanding dengan Am yang merupakan antara pelajar terbaik sekolah telah merperlihatkan jarak antara kita. Mira tidak sepandai Am.

Sebagai balasan, Mira kongsikan sikit tentang Mira. Mira berasal dari pulau pinang juga. Tapi tidak menetap pada tempat yang sama disebabkan faktor pekerjaan ayah. Mira juga suka membaca novel tapi bukanlah novel inggeris hanya novel melayu. Terselit perbezaan lagi antara kita. Mungkin ini ada maknanya yang tersendiri.

Akhir kata, selamat berjaya dalam ujian akan datang. Moga Am masih tersenarai dalam "top ten Form 5". Insyaallah. sekian.

Insan Biasa,
Najah Amira




Comments

Popular Posts