Siri 12: Bab 11

'Cinta pertama sukar dilupakan'

Hafiz masih meneliti senarai yang dokumen yang diminta oleh audit luaran. Kebanyakan dokumen sudah disediakan terlebih awal. Hari merupakan hari terakhir pihak audit luar berada di sini. Oleh itu, Hafiz mengambil keputusan untuk menyediakan seberapa banyak dkumen yang diperlukan. Staf-staf akaun lain juga dikerah untuk menyiapkan dalam masa yang singkat.

Keluhan dilepaskan. Gambar lama dari kotak hijau kini berpindah di laci mejanya. Sekali-sekala hati nya terasa ingin menatap wajah manis itu. Kenapa?. Sudah bertahun berlalu, namun kesannya kenangan bagaikan tidak mahu hilang dari hatinya. Siapa sebenarnya gadis itu pada dirinya?.
'Mira, Am rindu mira'

Hafiz bangun dari kerusi. Langkah menuju sebuah bilik mensyuarat yang menempat pihak audit luar. Dari kejauhan dapat dilihat Najah Amira sdang mengatur kerja bersama ank buahnya. Sekali-sekala ada ketawa terdengaran dari bilik itu. Hafiz masih di situ melihat dari kejauhan wajah manis wanita yang mengganggu mimpinya semalam. Dia terasa masa bagaikan berhenti. Hati berkocak lagi.
'Oh hati, siapa gadis itu sebenarnya?'
Hafiz tersentak. Hafiz menoleh belakang. Ambri rupanya menciut bahunya. Kehairanan di wajah menunjukkan dia sudah lama di situ. Rasa malu mula menyelebungi diri. Otak mula mencari alsan yang kukuh untuk di berikan.
"Ambri, terkejut aku. Hg buat kat sini"
"Aku cari hg la. Ak cari kt bilik hang tak da. Rupa2 dok syok menikmati permndangan kat sini rupanya"
Muka Hafiz terasa panas.
"Permandangan apa pulak?. Aku nak jumpa Cik Najah tue tapi tengok mereka macam sibuk jer malas ak nk kacau."
"Ye la Encik Hafiz oi, Tengok sampai tebus cermin bilik mesyuarat tue. Cantik kan Cik Najah tue"
Hafiz dapat lihat senyuman sinis dari Ambri. Nyata Ambri sudah lama memerhati dirinya. Aduh. Entah apa yang dia lakukan tadi pun dia pun tidak dapat tafsirka.
"Sudah la, Hang nak jumpa ak kan. Jom pi bilik aku"
"Lari dari topik nampak"
Hafiz terus melangkah pergi. Jika dlayan Si Ambri ni habis segala rahsia dikoreknya.
'Ya, ada rahsia antara aku dan dia. Rahsia yang masih tersimpan kemas di kotak hatinya'

Comments

Popular Posts