siri 9:bab 8

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2.55pm. Tinggal lima minit lagi untuk Najah mencari kekuataan untuk bertemu lelaki yang amat dia kenali suatu ketika dulu. Hembusan di lepaskan, langkah mula diatur. 'kerja tetap kerja'. Hatinya berbisik. Dia berhenti di hadapan bilik yang tertera'pengawai kewangan'. Nafas ditarik. Dia mula mengetuk bilik.
"Masuk"
Hanya sepatah menyebabakan hatinya berdebar kuat. 'Aku perlu kuat'. Ekpresi mukanya mula berubah dari kelat ke senyuman manis. Dia melangkah masuk.
"Oh, Cik Najah, jemput duduk."
"Terima kasih. Saya tidak mengganggu"
"Oh tidak, saya memang menanti Cik Najah. Perkara apa yang ingin dibincangkan."
"Ini senarai dokumen yang saya perlukan. Ini untuk memudahkan tugas kami lagi"
Sehelai kertas telah bertukar tangan.
"Erm, agak banyak yang Cik Najah perlukan. Tapi saya akan cuba sediakan secepat mungkin"
Perbualan tberlansung mengenai sistem kewangan syarikat hingga sistem perekodan maklumat yang syarikat gunakan. Ini untuk menguji 'internak control' yang syarikat amalkan. Jika baik, akaun yang syarikat sediakan boleh dipercayai.
Hampir sejam berlalu, perbincangan selesai. Najah mengucapkan terima kasih dan meminta diri. Ketika Najah melangkah keluar bilik, seorang gadis tiba-tiba meluru masuk. Selamat tangannya cepat menyambar tiang pintu, jika tidak sudah pasti dia tersungkur ke belakang.
"Abang"
Suara manja keanak-anakan kedengaran. Najah berpaling ke belakang melihat gadis itu sudah memangku tangan Encik Hafiz. Najah mengukir senyuman sinis dan mula mengatur langkah keluar. 'Dah berkahwin rupanya'. Langkah terus diaturkan laju walau dia terdengar namanya diseru.

Comments

Popular Posts