siri 8: Bab 7

Salam.

Mira,
Maafkan Am sekiranya sepanjang perkenalan kita Am ada membuat Mira terasa hati. Tiada ada langsung niat di hati Am ingin menyakiti Mira. Kalau hati Mira sakit, hati Am juga terasa sakitnya. Benar Mira, hanya Mira di hati Am tiada yang lain.

Mira,
Kenapa selepas cuti sekolah Mira seperti mengelakkan diri dari Am. Adakah kerana surat yang Am kirim kan menyebabkan Mira terasa hati. Atau ini keputusan Mira terhadap persoalan Am. Am perlukan perjelasan Mira. Am tak mampu membaca apatah lagi meneka apa yang Mira fikirkan.

Mira,
Am bukan memaksa tapi Am memang sayangkan Mira. Am cuma nak menukarkan gelaran kawan kepada kekasih. Mira, sudikah Mira jadi kekasih Am?...

Mira,
Apa saja keputusam Mira, Am akan terima. Am memohon pada Mira agar memberi jawapan kepada persoalan Am.

Sekian.

Yang Amat mencintaimu,

-Am-

Comments

Popular Posts