Siri 6: Bab 5

Assalamualaikum,
Mira,
Angin malam yang bertiup terasa sunyi tanpa senyuman di wajah Mira. Keindahan desa tercinta terasa kurang serinya tanpa Mira di sisi. Langit yang penuh kerdipan bintang terasa suram tanpa suara manis Mira. Baru dua hari kita bercuti, terasa sudah berbulan kita tak berjumpa. Mira, Am benar- benar sunyi tanpa Mira.

Mira,
Maafkan Am jika surat dimulakan dengan kata-kata sebegini. Namun Mira, itulah kenyataan. Apa khabar Mira?. Am sentiasa berharap agar Mira sentiasa sihat dan bahagia. Am di sini masih bernafas walaupun nafas kadang-kala tersekat dek kerinduan pada Mira.

Mira,
Am tak salahkan Mira kerana menghalang Am dari menghubungi Mira jika Mira berada di rumah. Namun hidup Am tidak sempurna jika Am tidak mendengar khabar dari Mira. Cuti sekolah ini jika Mira tidak keberatan, bolehlah kiranya surat menjadi penghubung.

Mira,
Am sekarang di rumah Opah di Perak. Am sengaja pulang ke kampung memandang Opah Am tidak sihat. Jangan risau hanya sakit tua. Am memang suka tinggal di kampung. Suasana yang tenang dan damai dapat menenangkan hati Am. Jika ada kesempatan, mungkin suatu hari lagi Am akan bawa Mira ke sini. Mira ada kampung?. Kalau ya mesti Mira faham betapa gembira berada di kampung.

Mira,
Am menulis surat ini di tepi sungai. Air yang mengalir jernih menenang hati Am. Ibu dan ayah Am sudah pulang ke Pulau Pinang. Di sini, Am tinggal dengan Opah dan sepupu Am. Sepupu lelaki yer. Jangan fikir bukan2. Namun Mira mungkin tidak berasa apa-apa. Hanya Am yang terlalu jauh berfikir. Di sini, Am habiskan masa melukis gambar-gambar pemandangan. Am juga telah kepilkan sekali dengan surat. Sekadar untuk berkongsi dengan insan yang tersayang.

Mira,
Am rasa cukuplah buat sekarang. Jika ada keizinanan, Am akan menulis lagi. Mira, maafkan Am jika mendesak. Am benar-benar ingin jawapan dari Mira. Am akan menunggu hingga Mira memberi jawapannya. Am benar-benar ikhlas. CInta tak mengenal umur . Am yakin bahawa Mira untuk Am.

Sekian.

Yang Amat Merinduimu,
Amirul HafiZ

Comments

Popular Posts