Siri 5: Bab 4

Pagi menjelma begitu pantas, terasa baru saja mata terlelap. Perjalanan harian bermula semula. Najah tiba awal di pejabat hari ini. Dia merancang untuk memulakan proses audit untuk syarikat pembinaan itu. Fail dihadapannya dibelek, otaknya mula berputar untuk menyusun proses yang perlu dibuat. Proses akan memakan masa lama dari biasa kerana proses audit perlu dibuat di sana. Perjalanan ke sana akan menambahkan lagi masa untuk menyiapkan proses audit untuk syarikat ini.
"Najah, erm dah nak buat ka syarikat itu"
Semangat Najah habis terbang. Langsung dia tidak menyedari yang 'boss kecil' sudah masuk pejabat. Tangannya masih mengurut dadanya dan mencari kembali semangat yang hilang.
"Ceh, selamat tak dak penyakit jantung. Kalau tak dah masuk 7 kaki kebwh dah"
"Ele, hang tue yang khusyuk sangat belek fail tue sampai aku masuk pun x sedar"
"bagi la salam la dulu"
"Ye la Assalamualaikum Najah. Amacam sihat tak hari ini?"
"Mula dah nak memerli habis la tue"
Ketawa terburai. Walaupun syarikat ini kecil namun sifat kekeluargaan yang terpancar. Tak kisah perbezaan pengalaman dan usia , semua adalah satu keluarga.
"Wes, berangan lak dia. Akak tanya nie dah nak mula ka buat syarikat pembinaan tue"
"Mana da berangan, Orang berfikir ja. Tak tahu lagi. Hari ini baru nak telefon tanya syarikat. Kalau akaun dah siap, petang nanti la pergi"
"Owh, tak pa la, kalau ada masalah leh rujuk akak"
"Baik Kakak ku sayang. Terima kasih"
"Sama-sama adikku sayang"
Setelah setiap helai kertas fail di baca , Najah bergerak ke telefon. Niatnya untuk menelefon syarikat ini. harapan agar akaun sudah siap. Boleh dia memulakan proses audit ke atas syarikat ini.
"Hello AH builders sdn bhd. Saya Najah dari firma audit. Boleh sambungkan kepada orang yang bertugas bahagian akaun tak?"
"Sebentar ya Cik Najah, saya sambung kepada En. Ambri pembantu pengawai kewangan"
"Oh , baik terima kasih"
"hello Ambri bercakap, Cik Najah dari Tj & Patners"
"Ya saya, maaf mengganggu pihak encik. Cuma saya nak tahu akaun untuk tahun berakhir 2009 dah siap?"
"Oh, dah siap cuma ada sikit perlarasan yang perlu dibuat tapi rasanya dah boleh kalau pihak audit nak datang"
"Kalau macam tue, saya rancang nak mulakan petang ini selepas mkn tgh hari. Macam mana boleh tak"
"Boleh tue boleh tapi Pengawai kewangan tak hadir pejabat hari ini"
"Oh, tak pa, saya mulakan yang mana ada dulu"
"Kalau macam tue, ok la. Saya tunggu saudari dalam pukul 2.30 la"
"Ok, 2.30 petang. Terima kasih Encik Ambri"
Gagang telefon diletakkan. Perancangannya nampaknya berjalan lancar. Dia akan membawa dua pelajar pelatih ke sana petang ini. Dia akan memulakan proses audit untuk bahagiann Tunai di tangan dan di bank petang ini.

Comments

Popular Posts