Siri 4: Bab 3

Assalamualaikum,

Kehadapan saudari Najah, Sukar untuk memulakan kata kerana masih terkesima apabila saudari sudi membalas surat saya sebelum ini. Hati saya masih belum berhenti mengucapkan syukur ketika saudari menulis kata persetujuan untuk menerima saya sebagai kenalan.
Tiada kalimah lain yang saya mampu ukirkan , hanya ucapan terima kasih teramat kerana sudi untuk menerima insan kerdil ini. Jika saudari melihat wajah saya ketika saya menbaca surat saudari, tentu saja saudari ketawa. Sehingga sekarang senyuman di wajah saya belum pudar. Ada antara rakan sebilik saya mula bergelar saya 'si kerang busuk'. Namun saya x pernah marah kerana mereka tidak tahu kenapa saya tersenyum gembira.
Sebagai langkah pertama, biar lah saya menulis sikit latar belakang saya. Saya yang diberi nama Mohd Amirul Hafiz bin Amirul Hassan. Anak sulung. Saya mempunyai impian untuk meneruskan perniagaan ayah saya. Saya amat meminati dunia perniagaan. Masih bujang('-') .Asal dari Pulau Pinang. Hobi saya bersukan dam membaca novel bahasa inggeris.
Saudari, cukup la serba ringkas dari saya. Cuma diharap saudari juga dapat berkongsi latar belakang saudari.
Sebelum saya berhenti menulis. Boleh agaknya saya memanggil saudari Mira dan saudari boleh memanggil saya Am sahaja. Ini dapat membantu merapatkan hubungan kita. SEkian.

Yang sering Mengingatimu,
-Mohd Amirul Hafiz-

Comments

Popular Posts