Siri 3: Bab 2

Malam menjelma, Najah masih di biliknya. Keletihan mencengkam dirinya. Seharian dia menumpukan perhatian untuk menyiap akaun untuk sebuah koperasi. Dia perlu juga menyiapkan hari ini juga memandangkan keesokannya dia perlu menumpukan perhatian pada syarikat pembinaan yang baru diterimanya tadi. Dia mula berasa resah. Mungkihkah perkara yang dia cuba lupakan selama 9 tahun ini akan tersingkap kembali. Ahhh!..keluhan berat dilepaskan. Tiada guna untuk terus berfikir, hanya sekadar sebaris nama yang sama.
Dia keluar dari biliknya, mula melangkah ke ruang tamu. Kelihatan keluarganya masih khusyuk menonton drama melayu. Dia mengambil tempat di sofa panjang. Dia ingin menyuarakan sesuatu pada ibu dan bapanya.
"Mak! Pak!, cek dah buat pemohonan untuk pergi haji tahun ini. Duit pun dah cukup. Kalau tiada aral apa2, minggu depan lepa hantar surat la"
Wajah mak dan bapa menunjuk reaksi terkejut. Namun ada sinar kegembiraan di wajah mereka.
"Biar betul, mana hang dapat duit. Hang baru keja."
"Ala mak, kami kan ada enam beradik, setiap orang sumbang rm200 sebulan, lama2 cukup la.LAgipun kan abng lang dapat untung dari kedai buku dia"
"Kami nak kata apa. Hampa dah bagi peluang. kami ambil ja. Syukur , dapat gak kami pi haji ya"
Najah hanya menggangguk. ini yang dia impikan sejak dia bergelar pelajar lagi dan akhirnya impian ini tercapai. Meihat wajah mak dan bapa nya yang tersenyum gembira, dia terasa amat bahagia. Inila kebahagian yang sebenarnya apabila melihat orang paling di sayang tersenyum gembira.
Dia melangkah kembali ke bilik memandang tiada cerita menarik yang ditayangkan di TV.
Merebah badan ke katil hanya menghilang kepenatan badan namun hatinya msih dilanda resah teramat. Mata menangkap sebuah kotak di atas almari bajunya. Semua kenangan semasa di sekolah menengah ada di dalam itu sama ada kenangan itu indah atau tidak semua masih di situ. Memang dia akui dirinya sukar melupakan kenangan lalu. Tangan memetik suis lampu dan suasana bertukar gelap. Mata cuba dilelapkan. Bayangan lima tahun lalu menjelma semula.

Comments

Popular Posts