Keluh KeSah....

Aku mengeluh lagi,
ketika mata menangkap imej sepasang kekasih,
berjalan beriringan di sepanjang pantai,
sambil senyuman terlukis kebahagian.

Aku mengeluh lagi,
ketika melihat diriku yang keseorangan,
berjalan di persisiran pantai yang indah,
mencari kebahagian sendiri.

Namun,
Pabila mataku terpahat pada sepasang kekasih,
Yang bermasam muka dan menuding tangan sesama sendiri,
Hatiku disirami kelegaan yang teramat,
kerana aku takkan begitu,
Aku bahagia sendiri.

Malam melabuh tirainya,
Hatiku mengeluh lagi,
pabila diriku hanya mendakap
kesepian malam.

Irama malam sungguh syahdu,
hingga aku mengeluh lagi,
melihat diri yang masih belum berteman.

Fikiran mula melayang jauh,
melakar kebahagian di layar mimpi,
dan aku terus bermimpi......

Namun, ....
Ketika akal mula merampas takhta kembali,
keluh hati mula tewas,
gelisah mula hilang,
dan lantas diri bangun kembali.

Aku menadah tangan,
aku memohon
"Ya Allah! andai cinta dunia bukan milikku, aku pasrah. aku mohon padaMu Yang Maha Penyayang, terima cintaku ini. kerana hanya Kau pemilik cinta sejati. Amin"


-sk-

Comments

Popular Posts