Siri 2: Bab 1

Perjalanan Najah Amira ke pejabatnya di Bandar Perda lancar seprti biasa.
Keputusannya untuk bekerja di negeri kelahiran terasa tepat.
Selain dekat dengan keluarganya, perjalanan harian ke pejabat tidak
perlu berasak-asak seperti bandar- bandar besar. Kereta Persona SE yang
dibelinyalancar menyusuri jalan raya. Sudah hampir dua tahun dia bekerja di
sebuah firma audit selepas dia berjaya menggengam segulung ijazah
perakaunan. Kereta membelok mengambil tempat letak kereta yang kosong.
Najah terus bergerak masuk ke pejabatnya.Selepas menyapa ketua juruaudit,
dia duduk di tempatnya. Perjalanan kerjanya bermula seperti biasa. Melihat
bertimbun-timbun fail atas meja dan kotak-kotak yang mengelilinginya, dia
terus memulakan kerja. Kerja-kerja ini perlu disiapkan mengikut jadual yang
ditetapkan. Jika tidak, pelanggan akan bising. Baru beberapa jam meneliti
akaun di hadapannya, Puan Norlela memanggilnya.
"Ya Puan, panggil saya"
"Ya, erm ini hah pelanggan baru , orang dalam bilik suruh bagi kat hang"
"pelik, asal saya pulak."
"La, dia kata bos nie muda lagi , hensem la pulak, dia bagi hang jalan leh
kahwin awal"
Puan mula ketawa. Najah hanya mampu tersenyum.
"Orang kat dalam tue tak habis-habis nak saya kahwin"
"Besa la selagi tak tengok hang naik pelamin. hang layan ja kata dia tue"
"Ye la, tak pa. biar la kat dia. ada jodoh kahwin lah saya nie. Syarikat apa tue?"
"Jodoh tak datang bergolek kat hang tau. Nie syarikat pembinaan kat Balik
Pulau. Lepa buat akaun sendiri tapi hang kena pergi buat audit kat sana. Tue
yang aku bagi kat hang. Aku ni mana boleh keluar,nanti hilang tangan sebelah
bos hang kat dalam tue."
"Syarikat pembinaan. Tak pernah buat lagi ini. Akaun lepa dah siap ka?"
"Hang telefon lepa tanya, kalau siap bawa tiga budak-budak pelatih tue"
"Baik Boss kecil!!!"
Puan baru sahaja ingin membaling pensel di tangannya, Najah dah berlari ke
mejannya. Puan hanya mampu menggeleng kepalanya melihat anak buahnya.
Najah mula membuka fail di tangannya. Dia meneliti nama-nama pengarah dan
terpaku pada satu nama 'Mohd Amirul Hafiz'. Hatinya tersentap. Mata masih
terpaku pada nama tue. 'Mungkin nama sama sahaja'. Hatinya
mula berdoa.

Comments

Popular Posts