Siri 16: Bab 15

Beberapa  tahun lalu.........................


     Setelah siap menyusun buku di dalam beg galas, Najah melangkah keluar dari dormnya. Dia melangkah terus ke bangunan sekolah. Hari masih awal, pelajar asrama lain masih bersarapan pagi di dewan makan. Selepas dia memberi surat jawapan beberapa hari lalu, hatinya tidak keruan. Sama ada perasan gembira atau takut menyahut hubungan cinta di waktu muda. Najah melabuh punggung di tempatnya. Dia makin keliru. Tiada teman yang boleh dikongsi. Keluhan dilepaskan. Perkara yang lain pulak melayang di mindanya. Perbualan telefon dengan ayahnya membuatkan dirinya amat sedih. Dua perkara berlaku serentak membuat minda serabut.


   Dia memerhati keliling, mata nya menatap sebuah memo baru di papan kenyataan kelasnya. Bila agaknya ia ditampal? . Semalam waktu prep, memo ini masih belum ada. Najah bergerak untuk membacanya. Ya Allah!!!. Entah kenapa hati bagaikan ditikam dengan ribuan pisau. Empangan air matanya pecah dan mengalir deras membasahi pipinya. Minda bagai henti berfikir. Tanpa sedar,dia menarik memo itu dan dikoyaknya hingga beribu cebisan. Cebisan dibaling ke bakul sampah. Entah kenapa kakinya melangkah keluar dan masuk ke kelas lain. Perkara sama juga dilakukannya. Dia bagai hilang akal. Tidak peduli sama ada manusia memerhatinya, dia terus melangkah dari kelas ke kelas.
   
  Air mata masih menemaninya apabila dia berada di kelas terakhir di bangunan. Hampir lima belas kelas, dia berlari tanpa haluan,dan membuang memo itu. Akhirnya, dia berhenti. Dia terduduk di tangga menyedari kakinya sudah terlalu berat untuk melangkah. Basah tudungnya dek air mata. Basah baju dek peluh berlari ke sini ke sana.Dia mengalah. Melihat memo itu juga berada di semua papan kenyataan dalam kelas di bangunan yang lain. Kenapa ini berlaku?.


  Najah bangun apabila menyedari semakin ramai pelajar sekolah lain akan mula datang ke kelas. Dia melangkah lemah ke kelasnya, mengambil beg dan berlalu  ke bangunan pejabat. Dia menunduk agar wajah tidak dapat dilihat oleh sesiapa saja yang terserempak dengannya. Dia berhenti di hadapan bilik sakit. Masih berkunci. Dia  duduk dan menanti. Seorang guru datang dan mula menyoalnya. Tapi dia langsung tidak dapat menjawabnya. Dunianya tertiba gelap. Dia rebah di pangkuan guru itu.


-PERHATIAN-
Ucapan tahniah kepada hero malaya sekolah kita kerana berjaya menaluk hati seorang lagi juniornya, Najah Amira tingkatan 4.
Cabaran untuk menaluk hati gadis yang tidak berapa popular ini telah dibuat beberapa bulan lepas dan hero malaya kita En Amirul Hafiz telah berjaya dengan cemerlangnya.
Surat in diterima semalam tanda kemenangan di pihak Hero malaya kita.
Tahniah!!!!
ini bingkisan surat cinta penuh beremosi:

"Am,
   Setelah lama kita tidak berjumpa, Mira rasa kehilangan. Sesuatu yang amat berharga hilang dari diri Mira. Oleh itu, Mira beranikan diri membalas surat ini. Mira juga rindukan Am. Jika benar rindu ini juga tanda cinta Mira pada Am, Mira sudi menukarkan hubungan persahabatan kita. "   

Comments

Popular Posts