Siri 15:Bab 14

-Duhai hati berhentilah meyebut namanya-


   Dari kejauhan bilik mensyuarat kelihatan suram, tiada sesiapa di sana. Namun Hafiz masih di situ merenung bilik yang kosong. Sesuatu di situ yang dia tidak ingin lupa. Minggu lalu bilik itu kelihatan indah dengan senyuman si gadis yang amat dikenalinya suatu masa dahulu. Keluhan dilepaskan. Langkah mula diatur ke biliknya. Laci mejanya ditarik, suatu foto lama direnung. Lama. Ada suatu nama bermain di minda. Rindu.
Ketukan kedengaran. Lamunannya hilang. foto tadi kembali ke laci mejanya.
     "Masuk"
     Terjegul muka Ambri dengan senyuman di bibirnya. 
    "Kenapa Ambri?"
     "Aku kacau apa2 ka?. macam x sudi jemput aku masuk"
     "Mengarut la hang nie. Apasalnya?"
     "Cik Najah semalam telefon aku minta pihak kita sedia dokumen ini"
 Hatinya berdebar. Nama ini lagi.
      "Kenapa dia tepon hg bukan aku?"
      "aih, tak kan cemburu pulak. Di tepon pejabat la, tapi time tue hang kt keluar makan dengan Cik Anita 
       jadi pas la talian kat aku" 
Hafiz rasa bahang panas di wajahnya. entah mulutnya bertanya soalan yang tak masuk akal. cemburu?. Untuk apa la dia cemburu. Semua hanya sebuah kenangan lama.
      "So, any problem?"
      " None, aku dah siapkan semuanya.Esok hang ada mesyuarat kan kat kawasan sana kan. Hang
         hantarkan lah kat pejabat Cik Najah tue. Malas dah ak nak pos"
     " Erm... "
Persoalan mulan bermain di fikirannya. Sudikah Mira berjumpa dengannya lagi?. Melihat wajah Mira masa mereka berbincang dulu sudah menggambar kesakitan di hatinya. Perlukah dia menambahnya lagi?
     "Wei!!! Aku  cakap dengan dinding ka? Dinding oh dinding, tolong lah jawab soalan aku nie. kesian aku"
     "Ya ya... aku singgah pejabat audit sekejap. Mana dokumennya?"
     "Ada dalam kotak biru kat luar tue. Semenjak dua menjak aku tengok hang nie macam dalam dunia
      khayalan ja. Sikit2 termenung. Muka tue dah seiras dengan ikan temenung jer aku tengok"
     "Mula dah hang pasal falsafah ikan hang tue. Aku okey ja. Hang tue ja tengok semua benda nampak ikan"
Ambri tersenyum kambing. Perangai dia suka menyamakan semua benda atau orang seperti ikan telah menjadi kebiasan baginya. Bertahun mereka berkawan, Hafiz sudah lali dengan perangainya.
      "Ya lah, aku keluar dulu yer. Kalo nak pinjam telinga, aku sudi pinjamkan. Sekilas ikan di air, aku tahu 
        mana siakap mana si keli"
Ambri melangkah keluar dari bilik dengan senyuman di bibir. Temannya nie tentu ada masalah. Apa sebenarnya hubungan Si Hafiz ini dengan Cik Najah? Sepanjang dia mengenali Hafiz tiada satu gadis pun yang mampu membuat Hafiz termenung panjang begini. Hafiz oh Hafiz. Ada bungakah dalam hati hang nie?



Comments

Popular Posts