Siri 7: Bab 6

Hari ini, minggu kedua Najah menjalankan tugas di luar. Mengkut jangkaan esok merupakan hari terakhir. Dua pelatih yang mengikut dapat menyelesaikan tugas mereka dengan pantas. Najah melihat senarai kerja yang tertunda, semua kerja memerlukan bantuan dari Pengawai Kewangan syarikat. Menurut kata pembantunya, ketuanya akan masuk pejabat hari ini. Najah merangka persoalan yang perlu di tanya. Beberapa jam berlalu, semua masih menumpukan pada kerja masing-masing. Terselit juga cerita-cerita dari pelatih.kenangan masa sekolah atau universiti, kisah cinta pertama dan macam-macam lagi. Ketukan di pintu kedengaran.

"Assalamualaikm, Cik Najah dari firma audit?"
Najah yang membelakangi suara itu bangun dan menoleh belakang. Seorang lelaki berkemeja hijau sedang tersenyum di hadapan. Najah terkesima. Udara di sekeliling terasa amat dingin.
"Erm, ya saya. Encik?"
"Maafkan saya, Saya Amirul Hafiz, pengawai kewangan syarikat. Saya memohon maaf kerana cuti pada minggu lepas."
"owh, tak mengapa. semua dokumen yang kami perlukan hampir semuanya ada"
"Kalau begitu lega hati saya, ada apa-apa yang boleh saya bantu"
"Erm.. sebenarnya ada beberapa perkara yang saya ingin tanyakan tapi senarainya belum siap sepenuhnya"
"Kalau macam tue, kita jumpa selepas makan tengah hari di bilik saya"
"Idea yang baik, Jadi saya jumpa En. Amirul dalam pukul 3.00 petang"
"Baiklah. saya minta diri dulu"
"Terima kasih"
Amirul berlalu. Setelah pintu ditutup, keluhan berat dilepaskan. Terasa dunianya mula gelap. Debaran di hatinya masih belum berhenti. Ya Allah, kuat dugaan Mu pada hamba MU ini.Gambaran lima tahun lalu mula berlegar di mindanya. Beberapa tahun dia cuba tanam namun hanya dengan sekelip mata ia muncul tersusun kembali di mindanya. Malu, sakit ,benci dan geram. semuanya perasan yang lama terkumpul bagaikan ingin meletus sekarang.

"Cik Najah, jumlah nak ambik yang mana yer sebab jumlahnya tak tally dengan GL la"
Suara seorang menarik dirinya keluar dari khayalan yang lama. Lantas senyuman diukir dan persoalan tadi dijawab. Najah menyambung tugasnya yang tertunda. Dalam hati memohon agar masa lambat berputar supaya dia dapat kumpulkan kekuataan untuk menghadapi lelaki itu lagi.



Comments

Popular Posts